Saya Pengedar Shaklee dan pengusaha "Parents One Stop Centre" anda..

Nurul Diyana

Shaklee ID: 971834

COD Area: Politeknik Nilai, Bandar Baru Nilai, Putrajaya, Seremban 2

Hubungi saya di: Nhdbaby Diyana (Fb) | NHDBaby Shop (Fb Page) | 013-9747810 (pm/whatsapp/sms) untuk sebarang tempahan..

Tekan Cntl+F dan Search Barang yang anda mahu daripada blog kami atau click "Online Shop" di atas untuk lihat senarai barangan kami.. selamat membeli belah :)

Tuesday, April 21, 2015

Kepentingan Kalsium

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan gigi yang baik.

Terseksa sakit gigi semenjak sekian lama selesai dengan pengambilan Kalsium Shaklee. (Ostematrik)

Dengan formulas ditambah vitamin D untuk penyerapan optimum. Tablet mudah telannya memang terbaik!

www.nhdbabyshop.com

Saturday, January 17, 2015

Cerita Suami Suka Pulut Sebab Noxxa

Semalam dah buat, harini buat lagi.

Ma kata orang perempuan tak elok makan pulut banyak-banyak.

Habisla sakit urat layankan en suami. Harini last ye suamiku M Othman Jamilan.

Lepas ni puasa pulut sehingga suatu tempoh yang akan diberitahu kemudian.

Dengan noxxa, suami yang tak suka pulut pun jadi suka. Dulu nak buat rendang fikir panjang, malas nak kacau dalam kuali.

Sekarang ada teknologi ni cukup senang. Sambil layan anak, sambil cuci pinggan kemas dapur. Tup-tup dah siap!

Bawang-bawang dan rempah ratus laju sangat habis sejak ada noxxa. Asek kena keluar beli barang dapur aje ni. :)

Amaran: Sedap bagi suami saya tak semestinya sedap bagi orang lain tau.

#nhdbabyshop #noxxalovers #kutunoxxa

Saturday, January 10, 2015

Suami Tercinta dan Noxxa

Dah makan nak lagi. Rancang masak untuk malam skali tapi tak menyempat suami habiskan.

Lepas tu terjadi dialog:

Suami: sedapnye...nasib baik abang suruh ayang beli noxxa tu.

Isteri: (berkerut dahi) sejak bila pula abang suruh ummi beli noxxa. Bukan ummi main kutu bayar bulan-bulan ke? (Sebelum tu noxxa pun suami tak kenal.)

Suami: adalah..(gelak)

Sama dengan apa yang ma cerita pasal arwah ayah bila ma main kutu beli pinggan mangkuk. Baru faham perasaan ma.

Kesimpulannye, orang lelaki memang macam gini..bila sesuatu yg kita beli dgn titik peluh kita berjasa, suami tinggal ambil kredit.

Tapi takpe, saya suka masak, suami suka makan. Pasangan sempurna apa.. ;).redha jela.

Friday, January 9, 2015

Kutu Periuk Bertekanan Tinggi Noxxa

Item baru di NHDBABY SHOP adalah periuk Noxxa ni. Senang betul nak memasak zaman sekarang ni.

Campak-campak je, tinggal pergi buat kerja lain atau bermain dengan anak. Dapur tetap berasap juga. Gembira sungguh jadi ibu sekarang.

Alhamdulillah, ada lebih masa dengan anak-anak sejak ada noxxa ni. Saya bermain kutu je, RM100 atau RM150 sebulan.

Kalau pilih yang RM100 kita buat utk 6 bulan. Kalau pilih yang RM150 lagi cepat habis, 4 bulan dah habis. In Shaa Allah.

Kalau berminat nak join boleh whatsapp saya di 013-9747810.


Thursday, January 8, 2015

Perbezaan Soft Structured Baby Carrier (SSC) Ergobaby/Pognae/Ring Sling Jumpsac/Mei Tai

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Testimoni peribadi saya.

Dah pernah cuba Ring Sling Jumpsac, Mei Tai, SSC Snuggbaby, SSC Ergobaby, SSC Pognae.

SSC Ergobaby- kekemasan dan kain lebih kurang SSC pognae, tp body panel kecil. Toddler 90cm dah tak k2k. Ada getah safety untuk hold buckle kalau ada pepe. Suka ergo sebab ada poket. Leh letak kunci, towel kecil anak atau hp kadang2.

Ring Sling Jumpsac- Okay, sesuai untuk baby sblm 4bln. Kalau baby besar berat satu bahu bawa dah tak sesuai. Lagipun baby dah mula pandai rimas dan meragam bila dah besar sikit.

Mei Tai-Susah nak adjust, dalam proses nak adjust baby merengek. Tapi kalau dah dpt tune mmg ibu suka, tapi anak tak suka sbb balut2 kat badan..dia rimas.

SSC Snuggbaby - Fit, body panel besar. Toddler masih boleh pakai, 90cm masih k2k. C curve tu tak seberapa. Baby melekap betul pada badan. Waistbelt pun agak tinggi. Pastu baby banyak line merah selepas pakai kat bhgn bontot dan peha sebab dia ada satu kain siap tali pemegang kat situ kononnya untuk balut ssc dan boleh buat beg untuk senang dibawa. Ada cinch belt juga. Tp kain dia memang sedap. Dia menang kat kain. Pastu yang tak suka, dia ada satu lagi belt dekat bahagian tepi. Rasa tak kemas. Tak ada safety ring getah untuk hold buckle in case buckle rosak ke apa. Pada kekemasan dan M position pognae menang.

SSC Pognae- M position dia memang deep. Baby suka pognae. 4 bulan dah pandai memilih. Dia suka sebab kalau M position tu cukup deep, baby macam duduk je dlm tu. Tak penat dan selesa. Ummi dia lagi suka kalau ada poket...hihi.. 3D Mesh memang superb. Dlm aircond tutup, kat luar bukak. Bukan sekadar ada getah untuk lipat tali yang berlebihan tapi ada juga additional belt yg boleh hold belt berlebihan kat bahagian pinggang. Love it!

Sunday, December 28, 2014

Penguat Semangat Menghadapi Banjir

Disebalik Setiap Ujian Terselit Rahmat Tuhan.

Subhanallah.

Tersedar aku dari lamunan yang panjang,

Disebalik bimbang-bimbang termengelamun,

Hilang arah kerana ibu separuh nyawaku.

Hakikatnya semua yang berlaku kuasa tuhan, kuasa Allah S.W.T.

Dunia makin tenat, Negeri makin penat,

Jika dahulu aku ke sekolah dengan gembira, jalan sunyi pun tiada apa nak ditakutkan,

Tetapi kini, berada dirumah berjeriji pun masih bahaya,

Dadah, gam dan pil kuda jadi perkara biasa.

Derhaka pada orang tua ada sebahagiannya,

Allah, hebatnya kuasa mu. Mungkin ini bala untuk menginsafkanku, menginsafkan saudaraku, menginsafkan semua yang berbuat dosa,

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, ampunkan segala dosa-dosa hambamu yang berbuat dosa,

Kau berikanlah hidayah semoga mereka insaf, semoga mereka bertaubat, semoga negeriku kembali aman, semoga negaraku aman sentosa.

Mungkin kita tidak dijajah dari segi fizikal, tapi dalam diam kita telahpun dijajah seluruhnya.

Ya Allah, sesungguhnya kami insan pendosa,

Terima kasih di atas peringatanmu,

Terima kasih atas pinjamanmu.

Terima kasih atas pencuci dosa.

Terima kasih atas segalanya.

Disebalik setiap kesusahan aku percaya dan yakin ada dosa yang tiada.

Mohon Kau redha ke atas kami, mohon semua untuk redha di atas ketentuanNya.

Semoga sinar kehidupan yang baru akan tiba.

Semoga semuanya bertaubat.

Semoga negara kembali aman.

Ya Allah, pinta ini dari hamba yang hina.

Mohon pelihara ibuku, saudaraku, mohon pelihara kami semuanya.

Ampunkanlah dosa kami semuanya.

Amin..Amin Ya Robbal Alamin.

#nhdbabyshop #diyanaberlatinmenulis #prayforpantaitimur